Pengenalan Kasturi Group - Lawatan di Mesir

Blog ini dilakarkan adalah bertujuan untuk memberikan informasi kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau bantuan dari pihak Kasturi Group bagi mengadakan lawatan di Mesir sebagai pemudahcara. Pihak Kasturi Group dianggotai oleh Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Al-Azhar yang berpengalaman luas dalam mengendalikan urusan travel di Mesir disamping dapat memberikan keterangan yang jelas berkaitan tempat-tempat yang bakal anda lawati. Pihak Kasturi Group menyediakan pelbagai pakej lawatan di Mesir mengikut jangkamasa dan tempoh lawatan anda. Pakej yang dikenakan melibatkan 40% lebih murah berbanding dengan syarikat-syarikat travel lain dan orang persendirian yang terdapat di Mesir. Diharapkan lawatan bersama Kasturi Group mendapat kepuasan, pengetahuan dan menjimatkan kos kewangan anda.

Peta Negara Mesir


Read More..

Jaulah Bersama Jemaah Umrah

Baru2 ini Kasturi Group berkesempatan membawa jemaah umrah untuk menziarahi tempat2 menarik di bumi Anbiya' ini. Jemaah seramai 32 orang ini telah mengambil pakej ziarah 4 hari 3 malam. Jemaah ini tiba sekitar jam 730 pagi waktu Mesir. Kami telah menziarahi beberapa tempat menarik sekitar Kaherah dan Iskandariah. Disini kami sertakan sekeping dua gambar yang sempat diambil untuk tatapan bersama.

Di dalam Masjid Qalah Salahuddin.

Penerangan berkenaan sejarah Salahuddin yang disampaikan Oleh Ust Al Fadhil.

Muzium Persenjataan Mesir.

Pintu masuk ke Maqam Imam Syafie Rahimahullah.

Makam Imam Syafie Rahimahullah.

Tapak kaki yang ada berhampiran Maqam Imam Syafie. Ada yang mengatakan ia tapak kaki Nabi s.a.w, dan ada yang mengatakan ia tapak kaki Imam Syafie sendiri. Wallahua'lam.

Mercu tanda bumi Mesir, Piramid.

Kapal pengangkut batu berhampiran piramid.



Shopping Cristal di Asfour.

Dihadapan Masjid Saidina Husain. Orang ramai menantikan majlis sambutan kelahiran Saidina Husain.

Pintu masuk ke Masjid Nabi Danial di Iskandariah.

Maqam Nabi Danial a.s.

Maqam Abu Dardad' r.a.

Qal'ah Qaitby.

Tempat terakhir yang dikunjungi di Iskandariah adalah Taman Muntazah yang di dalamnya ada istana Raja Farouq. Kami meneruskan perjalanan pulang ke Kaherah dengan aman, alhamdulillah.

Disini saja untuk kali ini..

Read More..

Hantar emel kepada kami untuk mengetahui maklumat selanjutnya dan harga terkini.

Nama
E-Mail
Tajuk
Message